Thursday, May 29, 2008

buku terbaru






Anak adalah anugerah adalah buku keempat Saat sulaiman.
Buku tentang keibubapaan ini ditulis untuk membantu ibu bapa dalam membesarkan anak-anak sejak usia bayi sehingga mencecah dewasa.
Anak adalah anugerah yang amat berharga. Ia adalah amanah Allah dan penyambung keturunan manusia. Ibu bapa perlu berusaha memahami dan mengetahui pelbagai pengetahuan serta kemahiran yang bersangkut paut dengan diri anak-anak.
Buku ini menyentuh pelbagai aspek pengetahuan dan bimbingan dalam membesarkan anak daripada masih bayi sehinggalah mereka meniti usia kanak-kanak, remaja dan dewasa.
Diharapkan ia dapat meningkatkan kemahiran ibu bapa dalam membesarkan anak-anak agar mereka menjadi anak soleh dan solehah yang cemerlang.

Kepada ibu bapa dan bakal ibu bapa,jadikan buku ini koleksi agar dapat menambahkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran.

layari www.mph.com.my

Thursday, March 6, 2008



Buku ke 3 Saat Sulaiman.
Setelah menghadapi perit jerih perniagaan,penulis menulis buku ini berdasarkan pengalaman dalam perniagaan disamping membuat pelbagai kajian,
menelaah pelbagai buku,majalah,akhbar dan lain-lain,akhirnya siaplah sebuah buku untuk usahawan.
Buku ini mengambil masa yang agak lama untuk ditulis kerana pelbagai perkara mesti dibincangkan agar pembaca mudah memahami konsep sebuah perniagaan.
Moga buku ini akan dapat membantu usahawan-usahawan Melayu dan islam dalam menambahbaik pengetahuan dalam perniagaan.
Selamat membaca!

Sunday, January 13, 2008

Buku akan datang...
USAHAWAN CEMERLANG....
Tunggu!